Jika Anda Belum Bergelar Usahawan,Fikirkan…!!

Tidak seberapa lama lagi, GST akan dilancarkan. Tidak ada tidak bagi pemerintah, semuanya akan berjalan mengikut jadual.

Sebenarnya, ramai diantara kita telah mula ‘menikmati’ kesan langsung dari situasi ini. Berbeza dengan manifesto,janji-janji sewaktu PRU yang lalu, semuanya tinggal kenangan.

Perubahan kuasa dan perjawatan memungkinkan jawapan-jawapan logik tapi tidak memuaskan, wujud saban waktu bagi mengalihkan minda rakyat. Soal kesalahan atau memungkiri janji diputarbelitkan oleh golongan tertentu.

Sebagai rakyat biasa, adalah menjadi harapan kita untuk hidup dalam keadaan selamat. Kita mahukan kedudukan kewangan yang dikatakan ‘stabil dan selamat’ itu
membantu meringankan beban yang ditanggung untuk menjalani kehidupan. Seboleh-bolehnya, kita mahu semuanya murah atau percuma.

Sejauh manakah rakyat seperti kita boleh maju kehadapan, mendukung wawasan 2020 yang hampir dilupakan, sekiranya kita masih mempunyai minda ‘bantuan dan subsidi’ ?

Ya, benar, semua orang suka barang percuma. Dah percuma, ditambah pula dengan BR1m, Bram dan brommmm..

Seperti anak kecil, kita semua mahu disuapkan, dimanjakan. Kita mahu diberi perhatian. Kita mahu kasih sayang.

Masa tetap terus berjalan. Tidak boleh terhenti. Manifesto, janji, ketetapan atau segala bagai hal lagi yang diutarakan oleh yang berkuasa TIDAK boleh diubah.

Apa yang boleh diubah hanyalah minda kita.

Masih menunggu…

Advertisements

Kesilapan Besar Dalam Permulaan Perniagaan !

Salah satu kesilapan peniaga yang baru mula berniaga buat adalah kita menjual produk yang kita pandai buat. Kitalah pembuat, kitalah penjual.

Sebagai contoh, kita pandai membuat ayam percik, lalu kita pun membuka bisnes ayam percik.

Kitalah yang pergi pasar, cari ayam, jumpa tokey nak minta murah ( harga borong ), balik dan proses. Kitalah yang setup tempat berniaga, kita juga yang bakar arang, kita juga yang memasang poster, kitalah yang melayan customer…Itu belum masuk bab pengurusan akaun lagi. Mana nak kira stok, mana nak buat list untung rugi… Dalam erti kata lain, kitalah segala-galanya..

Bisnes yang kita pandai buat itu mungkin bisnes yang sangat kecil. Bagaimana nak kaya atau berkembang ? Jika dah ramai pelanggan atau tempahan, bagaimana nak hadapinya ? Sampai bila kita mahu berpanas-panasan di hadapan api ? Adakah kita masih nak buat SEORANG DIRI ?

Pilih bisnes yang membolehkan kita semakin lama berniaga, semakin kita dapat berniaga sambil goyang kaki. Letak kepercayaan pada orang lain. Orang lain pun nak cari duit jugak !

Betul ?!


Bisnes anda dalam BAHAYA !!!

Salam,
Saya ada satu mesej penting untuk anda hari ini!
Saya syorkan anda luangkan masa 5 minit & tutup Facebook tu sekejap, kerana apa yang saya ingin kongsikan ini bakal mengubah survival bisnes anda..

Tahukah anda..berdasarkan statisik, 85 daripada 100 perniagaan PASTI GAGAL di tengah jalan?!

Punca KEGAGALAN ini tidak lain dan tidak bukan adalah..kerana TIDAK menitikberatkan soal pengurusan perniagaan..

Saya ada kawan, Anuar (bukan nama sebenar) namanya. Beliau adalah schoolmate saya dan dari dulu lagi saya sangat kagum dengan kejayaan bisnes beliau yang mampu mencapai puluhan ribu transaksi setiap bulan!

Baru-baru ini kami terjumpa di pasar malam, beliau mengatakan bisnes beliau hancus..lingkup..tinggal debu.
Kenapa? Kerana pekerja harapan beliau lari bekerja di tempat lain, dan tiada pekerja lain yang MAHIR menguruskan urusan bisnes. Terduduk saya mendengarnya!

Jadi, mesej penting saya untuk anda: Walau apapun bisnes yang anda jalankan, walau sekecil mana bisnes anda sekarang..
JANGAN pandang remeh soal pengurusan bisnes kerana ia adalah nadi untuk bisnes anda JATUH atau NAIK! PERCAYALAH!

Klik di link di bawah jika anda betul-betul INGIN melihat bisnes anda menjadi EMPAYAR besar & BUKAN senasib dengan bisnes Anuar.

http://www.sistempengurusanbisnes.com/hop.php?ref=azhariyan59


Bagaimana Nak Kembangkan Bisnes ?

Salam.
Sedikit perkongsian dari saya sekiranya bermanfaat.:)

Business is about SPEED & ACCURACY? Setuju?
Tahu tak..Perkara yang PALING SIA-SIA seorang businessman buat adalah…
TERLEBIH FOKUS pada PERKARA REMEH-TEMEH dan ‘stuck’ pada tugasan operation/administration..

Anda sebagai pemilik bisnes sepatutnya lebihkan fokus kepada MARKETING & NETWORKING. Jangan buat kerja2 admin (seperti buat kira2, check untung/rugi) secara manual jika anda boleh outsource.

Siapa tahu, semasa anda fokus buat kira2, pesaing anda yang jual produk sama dah dapat 5 PELANGGAN sebab mereka ada lebih masa untuk fokus pada MARKETING.

Ok, sekarang..jika anda SERIUS tentang bisnes anda, saya ingin tawarkan satu sistem automasi yang telah membantu saya mengurangkan 90% masa bekerja saya & meningkatkan 90% produktiviti bisnes saya.

Sistem yang boleh mengurus semua kerja-kerja management bisnes anda.. jadi anda tidak perlu bazirkan masa berharga anda membuat kerja2 remeh.

Klik pada link di bawah untuk info lanjut:

http://www.sistempengurusanbisnes.com/hop.php?ref=azhariyan59

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca.:)


Mula Berniaga Semudah ABC !

Mula Berniaga Semudah ABC !

Nak cari duit lebih ? Nak tambah pendapatan ? Saja nak cuba-cuba ? Tak tahu nak berniaga apa ? Bagaimana nak mula ? Nak berniaga dimana ?

Itu semua adalah antara persoalan yang sering diutarakan bagi golongan yang TIDAK BERTINDAK ! Kebiasaannya, mereka ini mengambil sikap terlampau berhati-hati. Juga,mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mereka MUNGKIN hanya bertindak sekiranya mereka ini diberi modal yang berjuta-juta. Diberikan kedai yang besar,penuh dengan kelengkapan perniagaan dan produk yang banyak dan hebat.Dalam erti kata yang lain, mereka sebenarnya lebih selesa tidak berbuat apa-apa atau lebih tepat lagi, menunggu bulan jatuh ke riba !

Saya bermula dari kosong. Dari tiada apa-apa. Yang ada cuma modal RM 120.00 ! Apa yang saya buat ? Jawapannya, BERTINDAK !

Sesungguhnya, masa itu emas. Jika disia-siakan,ditunggu-tunggu, nescaya takkan ada hasilnya sekiranya sibuk mencari ilmu yang kononnya belum mencukupi, sibuk menunggu produk terbaru yang tiada dalam pasaran ( supaya boleh jadi pelopor terunggul ! ) atau sibuk menunggu ‘masa yang sesuai’ !

Entahlah, saya sendiri penat memberi nasihat pada rakan-rakan sebegini. Dalam pada masa yang sama, saya sendiri bergelumang dengan dunia bisnes yang semakin membesar dan mencabar. Pelbagai halangan saya tempuhi. Pengalaman yang saya perolehi merupakan satu situasi pembelajaran yang tiada tandingannya. Kesilapan dan kelemahan yang wujud ( sudah pasti ada ), akan diperbaiki dari masa ke semasa. Saya tidak menyalahkan orang apabila tidak berjaya, sebaliknya, atas saranan orang yang lebih mahir,nasihat rakan-rakan usahawan, dan mentor perniagaan, saya belajar melalui kesilapan. Saya belajar memahami manusia. Saya belajar mengenai kewangan.
Ada masanya, saya akan memperolehi keuntungan yang luar biasa. Adakalanya,saya akan rugi. Tetapi, apakah yang akan berlaku jika saya TIDAK BERTINDAK suatu masa dahulu ? Apa yang saya dapat ? Pengalamankah ? Ilmukah ? Untung ? Hmmm…

Ada rakan saya, ( dah hampir 3 tahun ), asal berjumpa pasti bertanya, nak berniaga apa ye ? Apa agaknya saya nak jawab lagi ?
Tepuk dada tanya selera.
Wallahualam.


Berniaga, Suatu Permulaan

Anda peniaga kecil atau BAKAL jadi peniaga ? Dah tahu nak buat apa ? Ada rancangan (kah) ? Atau masih meneruskan rutin harian seperti biasa ? Bangun pagi mengejar rezeki. Nak tidur pun fikir rezeki hari esok..

Fikiran kita kebiasaannya sama sahaja. Bagi yang belum berniaga, persoalan yang sering timbul ialah, nak berniaga apa ?

Kita tercari-cari,apakah yang paling mudah. Apakah yang paling menguntungkan. Apakah kerja yang paling senang nak buat duit ! Nasihat saya untuk individu sebegini, beli mesin cetak duit, Cetak je seberapa banyak yang anda mahukan. Lepas tu, berbelanjalah..Senang ?

Tidak ramai di kalangan kita mendapat idea yang bernas. Malah, ramai individu yang berkenalan dengan saya, rapat dengan saya, bertanyakan hal yang serupa. Ada juga di kalangan peniaga yang perniagaannya tidak membesar.Padahal bisnes dah bertahun-tahun, malah ada yang sudah berbelas tahun,tapi masih ditakuk yang sama. Penyudahnya, sibuk bertanyakan, apakah ada perniagaan lain yang boleh diceburi untuk menambah kekayaan atau menambahkan lagi pendapatan sedia ada..

Kita sering melihat dunia luar. Melihat perniagaan yang dijalankan di sekeliling kita. Melihat produk-produk yang dijual oleh mereka. Melihat pelanggan beratur dalam bisnes mereka, membeli produk yang dijual berplastik-plastik sehinggakan timbul perasaan iri hati. Atau mula berangan,alangkah indahnya jika bisnes itu aku yang punya ! 

Untuk menjawab persoalan ini, cuba balik rumah dan duduk diam-diam. JANGAN fikirkan tentang mereka. Tentang kebahagian mereka apabila bisnes mereka berjaya. Tentang kentungan yang diperolehi,dan macam-macam lagi tentang MEREKA.

Sebaliknya, fikirkan tentang diri kita. Ya, semuanya tentang diri kita !

Jika anda belum berniaga, fikirkan apa yang anda boleh buat untuk memberi tambah nilai dalam hidup orang lain. Apa kelebihan anda ? Adakah anda seorang yang pemurah ? Apakah anda seorang yang sabar ? Cuba kenalpasti apakah kelebihan anda. Senaraikan sifat-sifat positif diri anda. Jangan sibuk melihat orang lain, LIHATLAH diri anda.

Selesai melihat diri anda, mulakan plan A. Pelan tindakan. Jika mahu mudah, tengok apa yang paling banyak orang lain jual. Cari sumber maklumat. Bagaimana mahu mendapatkan produk, dan mulakan menjual !

Sebagai contoh, ramai orang jual burger. Anda juga boleh jual burger. Tak kisah bagaimana anda mahu mulakan,TETAPI terpaksa mulakan. Jangan fikir pasal keuntungan. Tetapi,carilah kelemahan anda apabila ianya bermula. Ini satu permulaan yang sangat baik…

Kesilapan atau kelemahan memang akan ada. Sebarang proses yang anda lakukan sebenarnya suatu pembelajaran dalam dunia bisnes. Tidak ada bisnes yang dijalankan dalam dunia ini tidak melakukan kesilapan. Semuanya ada kelemahan yang tersendiri. Lebih sulit masalah dalam sesuatu bisnes itu, lebih berpotensi untuk anda maju jauh ke hadapan ! Cuma, kaedah penyelesaian yang logik dan bijak, bakal menentukan kelansungan bisnes anda…

Tahukah anda, belajar dari kesilapan lebih baik daripada belajar dari buku ? Kita dapat ilmu secara praktikal yang boleh dijadikan pengalaman berharga. Kadangkala, ilmu yang ditulis dalam buku, hanyalah teori semata-mata ! Tak percaya ?

Saya rasa, tiada buku yang mengajar anda untuk menjual burger.  Saya sendiri dah puas cari di kedai buku. Yang ada hanyalah, koleksi resepi. Atau, bagaimana memulakan perniagaan. Khusus untuk berniaga burger,TIADA.

Apa rahsianya ? Sebenarnya, rahsia dalam perniagaan terletak dalam diri kita. Kita perlu mengatur strategi. Kita perlu memahami kehendak pelanggan. Bagaimana kita boleh menonjol dikalangan semua peniaga burger yang ada. Apa kelebihan yang boleh kita tawarkan berbanding peniaga burger yang lain ? Seperti yang telah anda kenalpasti, adakah anda memiliki sifat positif ? Adakah anda suka tersenyum ? Adakah anda seorang yang pemurah ? Fikir-fikirkan kelebihan anda….

Dah dapat faham apa yang cuba saya sampaikan ?

ImageNanti saya tulis lagi yee…

Insyaallah..


Mendidik Bakal Usahawan

Mendidik Bakal Usahawan

Usaha mendidik mengenai kewangan sejak kecil merupakan satu langkah yang bijak !

Ramai orang belajar sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi tidak menjadi usahawan. Mereka lebih gemar melangkah ke bidang yang lebih terjamin masa depannya seperti contoh,berkerja sebagai eksekutif kewangan. Kenapa mereka tidak mahu menjadi usahawan ? Pelik !