Rebut Peluang Dari Tekun

Tekun Nasional (TEKUN) menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bermula tahun depan hingga 2020 untuk membiayai modal dan melatih usahawan muda khususnya lepasan siswazah dalam usaha menambah penyertaan golongan berkenaan dalam industri keusahawanan.

Pelaksanaan yang disenaraikan di bawah 10 Perancangan Strategik itu bakal menumpu ke arah bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), teknologi hijau dan sektor seumpamanya.

Siswazah akan diberi pendedahan kepada dunia perniagaan dan inovasi menerusi pelbagai program termasuk melalui kursus di Akademi Keusahawanan TEKUN dan apabila tamat pengajian mereka boleh menggunakan pembiayaan ini. Untuk tujuan itu beberapa agensi kerajaan akan bekerjasama termasuk Agro Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan institusi pendidikan seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM). Setakat ini TEKUN sudah melahirkan seramai 275,000 usahawan sejak 1998 yang mana 70 peratus daripadanya berusia 45 tahun ke bawah, membabitkan pinjaman berjumlah RM1.7 bilion dan mencatatkan pulangan semula pembiayaan sebanyak RM2.8 bilion.

Sehingga 31 Oktober tahun ini, TEKUN sudah membiayai 39,000 usahawan membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM482.1 juta dengan sektor terbesar adalah perkhidmatan dan peruncitan (70 peratus) dan masing-masing 10 peratus bagi sektor pertanian, pembuatan dan kontrak. Modal berkenaan adalah tambahan dana khas yang tidak merangkumi dana pembiayaan sebanyak RM700 juta bagi tempoh 2014 hingga 2015 sebagai langkah menarik lebih ramai penyertaan golongan muda sebagai usahawan. Antara rancangan strategik lain ialah menyalurkan pinjaman seberapa banyak dengan lebih mudah, cepat dan berinovatif, membentuk jaringan dan mewujudkan kerjasama di kalangan usahawan menerusi Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) dan mewujudkan jalinan strategik dengan jabatan, agensi dan organisasi yang mempunyai matlamat seiring.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: