Mula Berniaga Semudah ABC !

Mula Berniaga Semudah ABC !

Nak cari duit lebih ? Nak tambah pendapatan ? Saja nak cuba-cuba ? Tak tahu nak berniaga apa ? Bagaimana nak mula ? Nak berniaga dimana ?

Itu semua adalah antara persoalan yang sering diutarakan bagi golongan yang TIDAK BERTINDAK ! Kebiasaannya, mereka ini mengambil sikap terlampau berhati-hati. Juga,mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mereka MUNGKIN hanya bertindak sekiranya mereka ini diberi modal yang berjuta-juta. Diberikan kedai yang besar,penuh dengan kelengkapan perniagaan dan produk yang banyak dan hebat.Dalam erti kata yang lain, mereka sebenarnya lebih selesa tidak berbuat apa-apa atau lebih tepat lagi, menunggu bulan jatuh ke riba !

Saya bermula dari kosong. Dari tiada apa-apa. Yang ada cuma modal RM 120.00 ! Apa yang saya buat ? Jawapannya, BERTINDAK !

Sesungguhnya, masa itu emas. Jika disia-siakan,ditunggu-tunggu, nescaya takkan ada hasilnya sekiranya sibuk mencari ilmu yang kononnya belum mencukupi, sibuk menunggu produk terbaru yang tiada dalam pasaran ( supaya boleh jadi pelopor terunggul ! ) atau sibuk menunggu ‘masa yang sesuai’ !

Entahlah, saya sendiri penat memberi nasihat pada rakan-rakan sebegini. Dalam pada masa yang sama, saya sendiri bergelumang dengan dunia bisnes yang semakin membesar dan mencabar. Pelbagai halangan saya tempuhi. Pengalaman yang saya perolehi merupakan satu situasi pembelajaran yang tiada tandingannya. Kesilapan dan kelemahan yang wujud ( sudah pasti ada ), akan diperbaiki dari masa ke semasa. Saya tidak menyalahkan orang apabila tidak berjaya, sebaliknya, atas saranan orang yang lebih mahir,nasihat rakan-rakan usahawan, dan mentor perniagaan, saya belajar melalui kesilapan. Saya belajar memahami manusia. Saya belajar mengenai kewangan.
Ada masanya, saya akan memperolehi keuntungan yang luar biasa. Adakalanya,saya akan rugi. Tetapi, apakah yang akan berlaku jika saya TIDAK BERTINDAK suatu masa dahulu ? Apa yang saya dapat ? Pengalamankah ? Ilmukah ? Untung ? Hmmm…

Ada rakan saya, ( dah hampir 3 tahun ), asal berjumpa pasti bertanya, nak berniaga apa ye ? Apa agaknya saya nak jawab lagi ?
Tepuk dada tanya selera.
Wallahualam.

Advertisements

One response to “Mula Berniaga Semudah ABC !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: