Berniaga, Suatu Permulaan

Anda peniaga kecil atau BAKAL jadi peniaga ? Dah tahu nak buat apa ? Ada rancangan (kah) ? Atau masih meneruskan rutin harian seperti biasa ? Bangun pagi mengejar rezeki. Nak tidur pun fikir rezeki hari esok..

Fikiran kita kebiasaannya sama sahaja. Bagi yang belum berniaga, persoalan yang sering timbul ialah, nak berniaga apa ?

Kita tercari-cari,apakah yang paling mudah. Apakah yang paling menguntungkan. Apakah kerja yang paling senang nak buat duit ! Nasihat saya untuk individu sebegini, beli mesin cetak duit, Cetak je seberapa banyak yang anda mahukan. Lepas tu, berbelanjalah..Senang ?

Tidak ramai di kalangan kita mendapat idea yang bernas. Malah, ramai individu yang berkenalan dengan saya, rapat dengan saya, bertanyakan hal yang serupa. Ada juga di kalangan peniaga yang perniagaannya tidak membesar.Padahal bisnes dah bertahun-tahun, malah ada yang sudah berbelas tahun,tapi masih ditakuk yang sama. Penyudahnya, sibuk bertanyakan, apakah ada perniagaan lain yang boleh diceburi untuk menambah kekayaan atau menambahkan lagi pendapatan sedia ada..

Kita sering melihat dunia luar. Melihat perniagaan yang dijalankan di sekeliling kita. Melihat produk-produk yang dijual oleh mereka. Melihat pelanggan beratur dalam bisnes mereka, membeli produk yang dijual berplastik-plastik sehinggakan timbul perasaan iri hati. Atau mula berangan,alangkah indahnya jika bisnes itu aku yang punya ! 

Untuk menjawab persoalan ini, cuba balik rumah dan duduk diam-diam. JANGAN fikirkan tentang mereka. Tentang kebahagian mereka apabila bisnes mereka berjaya. Tentang kentungan yang diperolehi,dan macam-macam lagi tentang MEREKA.

Sebaliknya, fikirkan tentang diri kita. Ya, semuanya tentang diri kita !

Jika anda belum berniaga, fikirkan apa yang anda boleh buat untuk memberi tambah nilai dalam hidup orang lain. Apa kelebihan anda ? Adakah anda seorang yang pemurah ? Apakah anda seorang yang sabar ? Cuba kenalpasti apakah kelebihan anda. Senaraikan sifat-sifat positif diri anda. Jangan sibuk melihat orang lain, LIHATLAH diri anda.

Selesai melihat diri anda, mulakan plan A. Pelan tindakan. Jika mahu mudah, tengok apa yang paling banyak orang lain jual. Cari sumber maklumat. Bagaimana mahu mendapatkan produk, dan mulakan menjual !

Sebagai contoh, ramai orang jual burger. Anda juga boleh jual burger. Tak kisah bagaimana anda mahu mulakan,TETAPI terpaksa mulakan. Jangan fikir pasal keuntungan. Tetapi,carilah kelemahan anda apabila ianya bermula. Ini satu permulaan yang sangat baik…

Kesilapan atau kelemahan memang akan ada. Sebarang proses yang anda lakukan sebenarnya suatu pembelajaran dalam dunia bisnes. Tidak ada bisnes yang dijalankan dalam dunia ini tidak melakukan kesilapan. Semuanya ada kelemahan yang tersendiri. Lebih sulit masalah dalam sesuatu bisnes itu, lebih berpotensi untuk anda maju jauh ke hadapan ! Cuma, kaedah penyelesaian yang logik dan bijak, bakal menentukan kelansungan bisnes anda…

Tahukah anda, belajar dari kesilapan lebih baik daripada belajar dari buku ? Kita dapat ilmu secara praktikal yang boleh dijadikan pengalaman berharga. Kadangkala, ilmu yang ditulis dalam buku, hanyalah teori semata-mata ! Tak percaya ?

Saya rasa, tiada buku yang mengajar anda untuk menjual burger.  Saya sendiri dah puas cari di kedai buku. Yang ada hanyalah, koleksi resepi. Atau, bagaimana memulakan perniagaan. Khusus untuk berniaga burger,TIADA.

Apa rahsianya ? Sebenarnya, rahsia dalam perniagaan terletak dalam diri kita. Kita perlu mengatur strategi. Kita perlu memahami kehendak pelanggan. Bagaimana kita boleh menonjol dikalangan semua peniaga burger yang ada. Apa kelebihan yang boleh kita tawarkan berbanding peniaga burger yang lain ? Seperti yang telah anda kenalpasti, adakah anda memiliki sifat positif ? Adakah anda suka tersenyum ? Adakah anda seorang yang pemurah ? Fikir-fikirkan kelebihan anda….

Dah dapat faham apa yang cuba saya sampaikan ?

ImageNanti saya tulis lagi yee…

Insyaallah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: