Usahawan Berjaya,Khayalan Atau Cita-Cita ?

Rata-rata, semua manusia normal berkhayal. Tanpa mengira masa dan tempat, manusia berkhayal atau berimiginasi mengenai sesuatu yang hanya mampu dilihat dalam pemikirannya yang tersendiri. Terdapat hanya 2 jenis khayalan. Iaitu, khayalan positif dan khayalan negatif.

Kebanyakkan usahawan bermula dengan khayalan. Mereka mengimpikan sesuatu yang besar,menguntungkan,bersifat kaya raya, harta yang banyak dan macam-macam lagi. Ada yang berpendapat, bahawasanya ini bukan khayalan. Ini adalah cita-cita. Cita-cita yang mampu dimiliki.

Bagi meralisasikan sesuatu hal, usahawan akan bermula dengan khayalan. Jika sifatnya positif, dibantu dengan ilmu-ilmu dan sumber maklumat yang betul,khayalan mungkin menjadi kenyataan. Lazimnya, usahawan ini akan terus bertindak, sekurang-kurangnya menulis atau melukis idea yang wujud berlandaskan khayalannya. Seterusnya, mencari kaedah yang sesuai bagi melaksanakan apa yang dirancang.

Bagi usahawan yang tiada ilmu pengetahuan pula, lazimnya mereka ini berkhayal dalam bentuk negatif. Mereka mudah berkhayal tentang sesuatu yang mustahil. Apa yang usahawan jenis ini sering mengharapkan ialah, bulan jatuh ke riba. Sampai kucing bertanduklah jawabnya..

Khayalan amat penting bagi merealisasikan sesuatu kejayaan. Dengan berkhayal, kita mungkin mampu untuk ‘melihat’ masa hadapan. Kita dapat meramal apa yang akan berlaku, seterusnya merancang startegi yang khusus dalam menangani isu ini. Setiap apa yang kita khayalkan, hendaklah berpaksikan alasan dan terma yang logik. Jika ingin berjaya, khayalan haruslah dimulakan dengan perkara asas. Setiap kali berkhayal, tulis atau lakarkan peta perlaksanaan.

Tanpa kita sedari, khayalan sebenarnya merupakan faktor penyumbang kepada tindakan yang akan kita lakukan. Dan ini boleh dikategorikan sebagai cita-cita. Bagaimana kita mula bertindak merupakan faktor penentu kejayaan cita-cita tersebut.

Jesteru, berkhayalah.

Selamat mencuba.

 

 

 

Advertisements

4 responses to “Usahawan Berjaya,Khayalan Atau Cita-Cita ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: