Budaya Ikut – Ikutan

Seorang buka bisnes carwash.
Maju.
Kita pun nak buka bisnes carwash.

Seorang buka bisnes bakeri buat kek cawan.
Maju.
Kita pun nak buka bakeri.

Seorang buka bisnes kedai makan.
Maju.
Kita pun nak buka kedai makan.

Seorang buka bisnes gerai burger.
Maju.
Kita pun nak buka gerai burger.

Tahukah anda ?
Peratus kegagalan untuk mengikut jejak berbisnes perniagaan yang telah maju adalah cuma 20 peratus ! Ini bermakna, kemungkinan anda berjaya adalah 80 peratus !

Tetapi..
Apakah persediaan kita ?
Adakah pengalaman kita mencukupi ?
Adakah pengetahuan kita ( ilmu ) cukup untuk survival ?
Adakah kita mempunyai modal yang mencukupi ?

Nak ikut jejak orang yang telah berjaya, mudah.
Ikut apa yang mereka buat.
Gaya bahasa, lifestyle, sikap, habit dan pergaulan.

Tapi, jika anda sendiri tiada keyakinan dan sikap anda juga buruk, berhenti berharap !
Anda sepatutnya berfikir untuk menyenangkan pelanggan. Bukan bersaing dan cuba menjatuhkan bisnes pesaing lain. Itu tidak betul !

Kesimpulannya, “modal” asas bisnes yang berjaya ialah SIKAP anda sendiri.


Rebut Peluang Dari Tekun

Tekun Nasional (TEKUN) menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bermula tahun depan hingga 2020 untuk membiayai modal dan melatih usahawan muda khususnya lepasan siswazah dalam usaha menambah penyertaan golongan berkenaan dalam industri keusahawanan.

Pelaksanaan yang disenaraikan di bawah 10 Perancangan Strategik itu bakal menumpu ke arah bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), teknologi hijau dan sektor seumpamanya.

Siswazah akan diberi pendedahan kepada dunia perniagaan dan inovasi menerusi pelbagai program termasuk melalui kursus di Akademi Keusahawanan TEKUN dan apabila tamat pengajian mereka boleh menggunakan pembiayaan ini. Untuk tujuan itu beberapa agensi kerajaan akan bekerjasama termasuk Agro Bank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan institusi pendidikan seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM). Setakat ini TEKUN sudah melahirkan seramai 275,000 usahawan sejak 1998 yang mana 70 peratus daripadanya berusia 45 tahun ke bawah, membabitkan pinjaman berjumlah RM1.7 bilion dan mencatatkan pulangan semula pembiayaan sebanyak RM2.8 bilion.

Sehingga 31 Oktober tahun ini, TEKUN sudah membiayai 39,000 usahawan membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM482.1 juta dengan sektor terbesar adalah perkhidmatan dan peruncitan (70 peratus) dan masing-masing 10 peratus bagi sektor pertanian, pembuatan dan kontrak. Modal berkenaan adalah tambahan dana khas yang tidak merangkumi dana pembiayaan sebanyak RM700 juta bagi tempoh 2014 hingga 2015 sebagai langkah menarik lebih ramai penyertaan golongan muda sebagai usahawan. Antara rancangan strategik lain ialah menyalurkan pinjaman seberapa banyak dengan lebih mudah, cepat dan berinovatif, membentuk jaringan dan mewujudkan kerjasama di kalangan usahawan menerusi Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT) dan mewujudkan jalinan strategik dengan jabatan, agensi dan organisasi yang mempunyai matlamat seiring.


Proses Berangkai

Pemikiran Usahawan

  • Idea
  • Produk
  • Kos/Pekerja
  • Pemasaran
  • Logistik
  • Stok
  • Stabiliti Kewangan/Keuntungan/Kerugian
  • Lokasi
  • Pengguna
  • Kajian/StatistikInovasi
  • Dan kembali keatas = Idea

Pemikiran Pengguna

  • Produk/Perkhidmatan
  • Iklan/Daya Tarikan
  • Kualiti
  • Kemudahan
  • Lokasi Pembelian/Perkhidmatan
  • Harga Berpatutan
  • Habis/Rosak
  • Dan kembali keatas = Produk/Perkhidmatan

Fikirkan…


BERKAWANLAH DENGAN SAYA

Saya teringat saranan Ustaz Jalil ( arwah ) suatu ketika dahulu,”Jika mahu berbau harum, berkawanlah dengan penjual haruman.”

…………………………………………………………………………………………..

Berbicara niaga antara usahawan dengan usahawan memang mengasyikkan. Masing-masing berkongsi idea, pendapat dan cita-cita.

Ilmu dan pandangan diselang-selikan dengan cerita yang lucu, kadangkala membantu untuk membina keyakinan diri yang lebih baik. Apatah lagi sama-sama bersikap positif, dengan niat untuk sama-sama berjaya.

Jarang saya dengar, usahawan-usahawan yang berjaya tidak mahu berkongsi cerita. Ada saja yang diluahkan apabila kita duduk bersama mereka. Pelbagai ragam pelanggan, sikap peniaga disekeliling, produk terbaru dipasaran, malah faktor penentu kejayaan dimasa hadapan menjadi subjek yang agak klise dengan usahawan sebegini.

Mungkin itulah yang berlaku kepada diri saya. Teman-teman seperjuangan, rakan-rakan yang ada, kebanyakkannya adalah di kalangan usahawan. Tidak kira apa latar belakang mereka, asalkan usahawan atau peniaga, saya akan cuba berkawan.

Kami cuba untuk saling mengenali antara satu sama lain. Kami juga sering berkongsi masalah. Kebiasaannya, hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan masing-masing.
Hasilnya, ada di antara peniaga atau usahawan senior, berjaya merungkai masalah yang dihadapi oleh para usahawan baru !

Betapa seronoknya para usahawan baru mendapat ilmu. Dan betapa seronoknya pandangan atau buah fikiran usahawan senior diterima dan dipertimbangkan !

Saranan saya, berkawanlah dengan semua para usahawan. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan untuk kemajuan kita bersama. Insyaallah..


Jangan KEMUT Jika Mahu Berjaya

Sememangnya tidak dapat dinafikan, sentiasa wujud di celah hati manusia itu satu penyakit yang bernama kedekut ini. Hakikatnya juga, kedekut adalah salah satu perangai manusia yang berkaitan dengan harta yang telah menghingapi manusia sejak dari zaman dahulu kala.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang kafir): Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu (segala macam nikmat kehidupan) tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (al-Isra’: 100)

Lalu, apabila diuji dengan banyaknya harta, maka ada manusia yang tipis imannya akan menjadi manusia yang kedekut. Allah SWT menjelaskan lagi perihal ini di dalam al-Quran yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu menyebabkan kamu lalai daripada mengingati Alah, dan sesiapa yang berbuat seperti itu, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (al-Maidah: 9)

Oleh itu, Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia. Maka, awal-awal lagi Allah SWT telah memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180)

Walau bagaimanapun, perangai kedekut ataupun bakhil ini masih mendominasi dalam diri kebanyakan manusia, sehingga menyebabkan mereka merasa begitu sayang untuk menafkahkan harta kekayaan mereka ke jalan-jalan kebajikan yang diredai Allah SWT. Misalnya, apabila mahu memberikan sedekah maka mereka memilih wang yang kecil sahaja jumlahnya. Mereka merasa tidak malu kepada Allah SWT, kerana diberikan rezeki yang banyak, mampu membayar saluran tv berbayar, bil telefon dan pelbagai lagi sehingga ratusan ringgit sebulan misalnya; namun untuk memberi sedekah RM10 sebulan pun terlalu berkira-kira.

Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sabda-Nya: “Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil (juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka memutuskan tali kekeluargaan.” (Riwayat Abu Daud)

Apakah tidak zalim namanya, kerana sanggup membelanjakan wang dan harta ke jalan yang sia-sia, berhibur siang dan malam, makan dan minum secara berlebihan, membeli pakaian mahal tanpa keperluan dan sebagainya lagi; sedangkan pada masa yang sama masih ada saudara-maranya, jiran tetangga malah kaum kerabatnya yang mungkin memerlukan bantuan.

Bukankah semua ini, menzalimi dirinya kerana akan diheret ke neraka kerana melakukan pembaziran dan pada masa yang sama, menzalimi orang lain yang memerlukan? Apakah tidak mungkin, akan tercetusnya perasaan marah, benci dan sakit hati golongan ini andai mengetahui, wang si kaya dihamburkan tanpa sedikit pun diagihkan kepada mereka yang sering kelaparan dan kesusahan?
Maka, apakah akibat daripada sifat buruk kedekut dan bakhil ini? Sudah pasti kita perlu merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjustifikasikannya.

Pertama, orang yang kedekut dan bakhil ini boleh dianggap berdosa kepada Allah SWT. Ini selaras dengan apa yang disebutkan di dalam dalil di atas tadi (Ali Imran: 180) dan di akhirat, mereka bakal masuk ke dalam neraka, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: “Bentengilah diri kalian dari seksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Muttafaqun ‘alaih). Orang yang kedekut, maka tiada banteng api neraka pada dirinya.

Kedua, orang kedekut akan mendapat kesusahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik; maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.” (al-Lail: 8-10)
Ketiga, sifat kedekut boleh membinasakan diri dan manusia lainnya atau ummah keseluruhannya. Kerana ia mencetuskan sifat tamak haloba, hingga akhirnya mengambil harta yang bukan miliknya dan menidakkan hak orang lain. Hal ini boleh disandarkan kepada al-hadis di atas.

Keempat, manusia membencinya. Nabi Muhammad SAW menukaskan: “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kelima, orang kedekut menjadi lalai hingga terus leka dalam mengumpulkan harta kekayaannya. Allah mengingatkan: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), hingga kamu masuk ke liang kubur.” (at-Takaathur:1-2)

Keenam, orang kedekut tidak mendapat keberkatan dalam hidupnya kerana kemungkinan besar hartanya bercampur baur dengan hak milik orang lain. Maka, dia tidak akan merasa bahagia, harta banyak rumahnya luas tetapi terasa tidak cukup dan sempit sekali hidupnya, justeru dia sudah di ambang kebinasaan. Allah SWT menyatakan: “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan (dengan mengingkari perintah Allah) dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah ayat 195)

Ketujuh, kedekut mengundang kebinasaan sama ada di dunia (binasa hartanya) mahu pun akhirat (harta menyeretnya ke neraka), seperti diperingatkan oleh Nabi SAW, bahawa ada tujuh kebinasaan yang boleh menimpa manusia dan salah satu daripadanya adalah sifat kedekut (mafhum hadis riwayat an-Nasai).

Kelapan, orang bakhil dan kikir tidak mendapat pertolongan di dunia dan akhirat kerana mereka mengabaikan perintah Allah SWT, samalah seperti Qarun: “ Lalu Kami (Allah) benamkan dia (Qarun) bersama-sama dengan rumahnya ke dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya daripada azab Allah; dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (al-Qasas: 81)

Kesimpulannya, perangai kedekut ini adalah penyakit hati yang amat merosakkan manusia, sama ada di dunia mahu pun akhirat. Malah, jika dikaji dengan lebih mendalam, masih banyak lagi kesan dan akibat buruk sifat kedekut ini ke atas diri manusia. Namun, untuk ruangan ini, rasanya apa yang dipaparkan di atas sudah memadai. Apa yang lebih utama, sudahkah kita bersedia untuk mengikis sifat kedekut dan belajar menjadi lebih pemurah dari sehari ke sehari. Wallahua’lam.

 

Kredit untuk : Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


Pendidikan Kewangan Usahawan

Pernah tak anda kira berapa perbelanjaan anda sebulan?

Dan pernah tak anda kira berapakah pendapatan bersih anda sebulan?

Ataupun anda belanja seadanya tanpa tahu berapa bajet atau limit yang boleh dibelanjakan daripada pendapatan bersih setiap bulan?

Pernah tak anda simpan sebahagian dari pendapatan bersih yang anda perolehi ? ( simpanan di bank )

Kita sepatutnya berbelanja selepas apa yang tinggal dari jumlah yang patut kita simpan, bukannya simpan baki dari jumlah yang kita telah belanja.

Begitu juga dalam pengurusan kewangan syarikat. Ada seorang guru saya mengajar saya supaya wujudkan satu akaun lain untuk simpan keuntungan perniagaan kita. Syarikat hanya boleh berbelanja apa yang tinggal selepas simpanan.

Jika asas pengurusan kewangan dilatih dari urusan individu, inshaAllah begitu juga seseorang individu itu akan selamat menguruskan syarikat mereka.

Sebenarnya tidak susah untuk bebas dari masalah kewangan.

Bagaimana ? 

Berbelanja tidak lebih dari pendapatan. Jika nak belanja lebih, pastikan pendapatan kita dilebihkan. Cari sumber lain. Jangan bergantung dari sumber sahaja.

Luangkan sedikit masa, ambil pen dan kalkulator. Jangan biarkan diri ini hidup dalam keadaan menduga-duga lagi. Jelaskan kepada diri sendiri dimana sebenarnya kedudukan kewangan semasa kita.

Kira berapa duit masuk, kira berapa duit keluar. Berapa selisihnya? Dalam selisihnya itu, tentukan berapa yang nak disimpan. Lebihan dari semua itu barulah boleh dibelanjakan.

Jika angka yang keluar adalah negatif (-), ini bermakna anda perlu kurangkan / potong beberapa perbelanjaan anda atau

ANDA PERLU PENDAPATAN DARI SUMBER LAIN.

Kita boleh istiharkan diri kita berharta jika kita sentiasa ada lebihan dari perbelanjaan bulanan kita walaupun hanya sekadar RM10.00 !

Mahu belajar ?

Klik disini : http://hidupringkas.com/hr-biz-coaching/usahawan-dan-mentor/

 


Masalah,Masalah dan Masalah….. Lariiiiiikkkk…??

Isteri asyik berleter. Boss di tempat kerja selalu marah. Anak-anak selalu buat hal. Bisnes tak jalan. Hutang banyak. Kereta tak bayar lagi. Duit dah habis. Kawan-kawan tak mahu jumpa. Bil-bil, asterok, maksis, selkom, air, elektrik dan banyak lagi belum diselesaikan. Idea nak menulis pun tiada. Modal berbicara kosong….

Jika dikaji dengan teliti, semua orang dalam dunia ini mempunyai masalah. Masalah besar atau kecil, terpulang pada individu itu sendiri. Bergantung pada jenis individu yang menghadapinya, masalah itu samada bakal mendatangkan keuntungan atau masalah itu bakal menimbulkan masalah yang lain pula.

Kenapa ada masalah. Tak bolehkah hidup tanpa masalah ?

Tahukah anda, punca sebenar bagi segala masalah adalah anda sendiri. Kadangkala, anda yang sengaja atau secara tidak sedar, mencipta masalah tersebut.

Contoh, hutang kereta tak bayar lagi. Persoalannya, kenapa beli kereta mahal ? Kerana nafsu atau keinginan. Jadi, nak elak masalah, pilih kereta yang murah. Masih ada masalah tak bayar ? Jawabnya, duit habis. Kenapa tak cari duit ? Tak tahu sumber nak buat duit. Salah siapa ?

Saya ada seorang kawan yang sangat baik. Beliau selalu menulis didalam blog, mengenai idea-idea yang membantu untuk kita hidup dengan lebih baik. Dalam blog yang dihasilkannya, ( http://hidupringkas.com/keusahawanan/masalah-dalam-perniagaan-sama-saja-dalam-kehidupan/ ), beliau menyarankan pelbagai nasihat yang berguna untuk kita semua terutamanya cara untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Pertemuan saya dengan beliau suatu ketika dahulu, berjaya mengubah halatuju dan arah kehidupan saya sehingga kini. Matlamat dan keinginan saya berubah hampir 100 % ! Saya dan isteri saya amat berterima kasih kepada beliau kerana membantu kami untuk hidup kearah yang lebih baik. Saranan saya, klik link diatas, baca dan fikirkan..

Saya juga ada mentor bisnes. Beliau mengusahakan perniagaan kanopi, dobi dan beberapa bisnes lain dengan hanya bersifat kawalan jauh. Hebat ! Beliau sering menasihati saya mengenai tingkah laku dan memberi petunjuk untuk kehidupan yang lebih bermakna. Bagi kes ini, saranan saya yang kedua ialah, carilah kawan yang mempunyai nilai positif bagi membantu kita membina situasi yang tenteram, aman dan damai.

Satu perkara yang sangat-sangat ingin saya berkongsi ialah, apabila ada masalah, tarik handbrake – ( pinjam ayat Tuan Mohd Shubhi )… ! Duduk rehat. Beristigfar. Mula berfikir dengan tenang. Jangan terburu-buru menyalahkan sesiapapun, hatta menyalahkan takdir. Cari kelemahan diri. Tanya diri sendiri, apa punca sebenar masalah tersebut. Insyaallah, sekiranya anda tenang dan berfikir dengan akal yang waras lagi logik, tentu anda tahu, punca masalah tersebut adalah ANDA.

Jadi, masih mahu lari ?